Kepada pencari kebenaran

Tiada siapa boleh dipaksa menerima Kebenaran, tetapi semestinya suatu yang mengaibkan apabila sesorang manusia tidak berminat mencari Kebenaran!

          Islam mengajarkan kita bahawa Pencipta kita telah mengurniakan manusia kebolehan berfikir. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memikirkan sesuatu dengan objektif dan tersusun supaya kita dapat memuskilkan dan memikirkan apa jua persoalan.

          Tiada siapa yang patut menekan anda supaya membuat keputusan secara tergesa-gesa untuk menerima sebarang ajaran-ajaran daripada Islam, kerana Islam mengajar bahawa manusia patut diberikan kebebasan untuk memilih. Walaupun seseorang itu sudah bertembung dengan Kebenaran, tiada paksaan keatas beliau untuk menerimanya.

          Namun, sebelum anda mula membuat satu pendapat mengenai Islam, tanyalah diri anda sendiri samada maklumat anda mengenainya sudahpun mencukupi dan menyeluruh. Tanyalah diri anda samada maklumat itu anda dapati dari pihak ketiga. Dan pihak ketiga itu mungkin hanya didedahkan kepada beberapa penulisan mengenai Islam dan masih belum mengkaji Islam secara objektif dan sistematik.

          Adakah cukup adil untuk seseorang itu membuat kesimpulan mengenai rasa suatu hidangan masakan hanya berdasarkan khabar angin daripada orang lain yang juga mungkin belum merasai hidangan tersebut? Begitu jugalah, anda seharusnya mendapatkan maklumat mengenai Islam daripada sumber yang boleh dipercayai, dan bukan hanya merasainya tetapi perlu betul-betul memahaminya sebelum membuat suatu kesimpulan. Itulah cara intelektual dalam menjejaki Kebenaran.

          Dalam membuat langkah mencari Kebenaran seterusnya, Islam sentiasa mengiktiraf hak anda untuk bebas membuat pilihan dan bebas menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan. Tiada siapa yang boleh merampas hak itu dan memaksa anda tunduk kepada Pencipta kita, anda perlu mencari maklumat dan membuat keputusan anda sendiri.

          Semoga perjalanan intelektual anda menjejaki Kebenaran sentiasa dalam kesejahteraan dan akan berhasil.

Advertisements

1 Komen »

  1. perempuan melayu terakhir Said:

    dengar dan ambillah pengajaran


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: