Maafkan saya

Dari jauh aku merenung sahabatku yang sedang duduk bersendirian dia atas bangku. Dia kelihatan yang sedih. Aku menghampirinya. Kehadiranku langsung tidak disedarinya. Aku menyentuh lembut bahunya. Dia memandangku dengan keadaaan terkejut dan dengan cepat dia tersenyum. Aku tahu dari raut wajahnya, dia sebenarnya memaksa dirinya tersenyum. Aku bertanyakan apa yang berlaku kepadanya yang menyebabkan dia berasa sedih. Tetapi dia cuba menyembunyikannya dariku. Tiba-tiba satu persatu air mata keluar dari matanya. Walaupun dia cuba merahsiaka masalahnya, tapi setelahku memaksanya, dia akhirnya mengalah.

Dengan keadaan tunduk memandang tanah, dia memula berbicara tentang kegusaran hatinya kepadaku. “Saya berasa agak terkilan dengan ********. Persahabatan kami kelihatan semakin rapuh. Semakin hari, dia melayani saya tidak seceria dulu. Mungkin dia sibuk dengan studynya. Kehadirannya saya kerumahnya sekarang tidak lagi diendahkannya. Saya cuba bersangka baik kepadanya tapi…..” Kata-kata sahabatku tiba-tiba termati. Air matanya semakin laju. Aku cuba menenangkannya dan meminta agar dia terus mengeluarkan apa yang terbuku di dalam hatinya. “ Tapi…janganlah sampai mengeluh kehadiran saya ke rumahnya” dia cuba menguatkan kata-katanya yang terputus-putus. Mungkin perkara itu agak remeh kapada sesetengah orang tapi tidak bagi sahabatku itu. Aku akui yang sahabatku itu agak sensitive orangnya walaupun luarannya nampak kasar.

sahabat2.jpg
Seorang da’i mutlak harus dicintai oleh khalayak agar dakwahnya mampu menembus nurani dan tetap menjadi rujukan. Oleh kerananya, ia harus menghindari segala sesuatu yang dapat mencemari kejernihan hubungan yang terjalin antara dirinya dan orang-orang di sekitarnya, sehingga ukhuwah semakin mendalam dan kukuh. Semua itu dapat memudahkan sang da’i sehingga orang-orang senang menolong dirinya, mahu memetik manfaat darinya, dan senang menerima kehadirannya.

Sungguh benar ungkapan Umar radhiyallahu ‘anhu: “Perjumpaan dengan kawan menghapus duka.” Sebagian kalangan salaf berkata: “Keriangan seorang bijak adalah perjumpaannya dengan kawan.” Sufyan rahimahullah pernah ditanya: “Apakah penawar dahaga kehidupan itu?” Ia menjawab: “Pertemuan dengan kawan.” Ini menunjuk betapa pentingnya nilai persahabatan. Ingatlah jangan menunda pertolongan hanya kerana mengharap datangnya bukti tatkala sahabatmu ditimpa musibah yang mengiris hati.

Diharapkan kepada perjuang-perjuang islam yang sedang mendidik pelapis-pelapis perjaungan suci ini agar mengambil pengajaran daripada kisah ini

bila seorang teman bertutur tentang diriku

yang memancing kemarahanku

kumaafkan segala kesalahannya

dan ku redam amarahku

kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

Tapi…

jika kulihat perubahan pada diri sahabat karibku

bumi yang terbentang luas seakan menghimpit diriku

jika aku menghampirinya untuk membereskannya

matanya memancarkan kemarahan padaku

padahal hatiku tak marah

 

Advertisements

1 Komen »

  1. xxxxx Said:

    macam kenal jer


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: