replay lelaki melayu bermasalah

tunjuk.jpg

Dipetik from forum utusan

“Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

Diganggu

Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris.

Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu.

Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.

Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?

Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.”

Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?” Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”

Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.

Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.

Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.

Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?”

Surat ini dihantar oleh seorang pelajar yg belajar disebelah negara tempat saya belajar. Memang benar yang diperkatakan oleh beliau tetapi tidak semua lelaki macam itu. Hanya sebahagiannya berperangai seperti itu. In fact, lelaki yg banyak mengetuai sesuatu organisasi.

Saya sebenarnya tak nak berdebat tentang isu ini. Apa yg hendak saya perkatakan ialah itu ada sebenarnya serangan pemikiran yg dilancarkan oleh barat terhadap umat ini. Serangan halus ditujukan tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, asalkan seseorang itu berpegang kepada kalimah toyyibah iaitu kalimah laila ha i’llalah. Pada hakikatnya kita tidak perlu mencari salah siapa. Sebaliknya kita perlu memikirkan bagaimana mengatasi masalah ini dgn cara yg terbaik.

Kebanyakan umat kita masih alpa ttg sejarah kejatuhan umat kita. Sebahagian besar diantara kita tidak mahu mengambil iktibar dari kejatuhan khalifah islam pada 1924. tanggungjawab dibahu kita semakin berat selepas kejatuhan klifah Uthmaniah. Kewajipan ini tidak gugur dibahu setiap insan yg mengaku dirinya hamba Allah.

Antara serangan yg paling halus yg cuba dilakukan mereka ialah melahirkan umat islam yg hatinya sarat dgn karat jihiliah tanpa mengubah kezahiran islamnya atau dengan kata lain membiarkan individu muslim itu mengaku sabagai islam di mulut sahaja. Individu ini cenderung utuk menjadi munafiq. Musuh islam ini tidak mengganggu umat ini melaksanakan ibadat mereka asalkan umat ini terpengaruh dgn pemikiran mereka. Umat yang terkesan dgn serangan ini amat susah dikenali kerana dari segi zahirnya mereka kelihatan seperti muslim soleh atau muslimah solehah tetapi secara dari segi batinnya, hati mereka dinodai penuh dgn sifat mazmumah.

Saya berasa kesian dgn umat ini. Kadang-kadang nak tergelak jugak melihat tingkah laku umat ini. Kesian kerana menjadi mangsa cemuhan musuh islam, rasa nak tergelak kerana masing melakukan perkara yg kebudakkan walaupun hakikatnya sudah dewasa. Sebagai contoh, pernah ketika dulu saya berchatting dengan seorg teman. Dia adalah seorg bakal doctor yg belajar diluar bumi Malaysia. Pada zahirnya, kita mengangap mereka ini sebagai seorg yg amat matang dan bakal memimpin negara. Tetapi malangnya sikapnya tidak mencerminkan apa yg diharapkan. Dia masih lagi menonton anime yg mengundang lebih byk keburukan daripada kebaikan. Umat ini amat memerlukan org yg memiliki peribadi seperti Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar dan Al-Fateh. Pada usia yg muda, Al-Fateh berjaya mengalahkan crusader untuk mengambil kembali Baitumaqdis kepunyaan org islam. Kejayaan ini tdk akan tercapai tanpa keimanan yg kuat kepada Allah. Pernah seorg sahabat saya menceritakan keperibadian Al-Fateh. Sebelum menyusun tentera Islam, beliau bertanya kepada tentera sesiapa yg pernah meninggalkan solat supaya duduk. Seterusnya beliau menyuruh sesiapa yg pernah tertinggal solat sunat supaya duduk. Akhir sekali beliau menyuruh sesiapa yg pernah meninggalkan qiamulai supaya duduk. Yg tidak duduk pada masa itu ialah beliau seorg. Ini menunjukan akhlak seorg pemimipin yg sebenar.

Wahai sahabatku bangkitlah dari tidur. Sesungguhnya umat ini amat memerlukan anda

anfal3.jpg

Advertisements

2 Komen »

  1. ibad Said:

    Allahu akbar~
    semoga kita terus terbangkit utk membangkitkan jiwa ummat2 yg masih lena…

  2. ibad Said:

    Allahu akbar~
    semoga kita terus terbangkit utk membangkitkan jiwa ummat2 yg masih lena…


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: